Assalamualaikum, semalam iaitu 18 Jun 2011 Jabatan Wilayah Tengah iaitu Jabatan yang bertanggungjawab keatas semua cawangan Bank Rakyat di Kuala Lumpur, Putrajaya & Perak telah mengadakan satu Majlis Makan Malam sempena persaraan Ketua Wilayah Tengah (majlis khas dari Jabatan Wilayah Tengah) yang akan bersara pada 12 Julai 2011 & perpindahan Eksekutif Kanan, En Ahmad Kamal ke Cawangan Jln Ipoh serta Pn Siti Hamidah yang berpindah menjadi Setiausaha Sulit kepada Timbalan Ketua Audit Dalam.
Majlis tersebut diadakan di Restoran Tupai Tupai Kuala Lumpur iaitu berhampiran dengan Istana Negara pada jam 8.00 Malam. Saya telah bertolak dari rumah pada jam 6.40 ptg & smpai ke destinasi pada jam 7.10 mlm.
Untuk pengetahuan anda semua, menu yang kami pilih pada malam itu (sebenarnya da book awal2 lagi) adalah buffet steamboat. Harga utk seorang dewasa RM 27.00 tidak termasuk air dan kanak-kanak 2-11 tahun adalah RM 15.00 shj.
Majlis ini tidak best sebab yang da berkahwin boleh membawa pasangan & anak-anak namun saya muncul keseorangan shj..very poor! Mlm td mmg btol2 sumbat ape je makanan yang mampu dimasukan ke dalam perut smpai boroi....fuhhhh!
Markah untuk makanan : 8/10
Anda boleh cuba merasa steamboat tempatan plak..takkan la asyik2 nk makan johnny's or Seoul Garden je..ubah selera plak!
Sekian.





0 comments:
Post a Comment