






Assalamualaikum, pada 16 Ogos 2011 yang lepas Bank Rakyat di Wilayah Tengah telah mengadakan satu Majlis Penyerahan Sumbangan Khairat Kematian Kad Kredit-i Bank Rakyat & Sumbangan Zakat kepada Rumah Anak-anak Yatim di Gombak.


Ustaz Azhar Idrus lebih terkenal di Selangor berbanding Terengganu. Biasanya ulama hanya terkenal di luar kampung halamannya berbanding kampungnya sendiri.Gambar di Masjid Shah Alam pada 24/7/11 kuliah maghrib. Ini bukan super impose ye.. agak hangat lagi bila ustaz masukkan sikit hal politik. Suasana hening seketika dengan tangisan syahdu bila mendengar Ustaz Azhar berceramah
Suasana begini jarang berlaku, polis trafik terpaksa turun gara-gara kesesakan yang melebihi 10 ribu orang. Jumlah yang hadir lebih ramai dari yang hadir ketika lawatan Dr Yusuf Al-Qardhawi. Ini adalah pertama kali Masjid Shah Alam dipenuhi masyarakat. Malah, yang membezakan lawatan Dr Yusuf Qardhawi dengan Ceramah Ustaz Azhar Idrus ialah... kehadiran rakyat biasa, di mana dalam lawatan Syeikh Yusuf Qardhawi hanya dihadiri oleh pelajar pondok, pelajar kolej jurusan islam dan mereka yang dalam ahli bidang agama.
ramai hamba Allah sanggup 'burn' tiket konsert LOUDNESS LIVE bersama AMY SEARCH di KL Live Center Jalan Sultan Ismail, gara-gara ingin mendengar kuliah ceramah agama dari Ustaz Azhar. Malah, berduyun-duyun Mat rempit singgah di Masjid Shah Alam. Alhamdulillah
Masjid Shah Alam melakarkan sejarah baru bila dihadiri oleh Mat Rempit dan Mat Lepak yang memenuhi masjid.
agak laris juga jualan kopiah di area shah alam, sebab mat rempit sibuk mencari kopiah. Baju pun 'gaya bebas' sebab salah seorg yang ditanya menjawab, "baru tahu ada ceramah, tak sempat balik rumah nanti terlepas kuliah"'. Ustaz Azhar Idrus berjaya menarik perhatian org muda untuk mengimarahkan masjid.
Berebut-rebut orang ingin berslaman dan berpelukan dengan Syeikh kita ini.










Mantan Ketua Wilayah Tengah, En Mohamad Nasip Saiat

Things Change Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template
